SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

21 February 2018

Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2018.

PENYAMPAIAN BANTUAN  AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2018.

Pada 1 Februari 2018, telah diadakan satu majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan untuk sesi 2018. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengah hari itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa DNS, ANS, PJK (ADUN Kawasan Gemencheh). 

Semua ibu/bapa dan penjaga telah hadir untuk menerima bantuan tersebut bagi yang berkelayakan. Perdana Menteri, melalui ucapan Bajet 2018 pada 27 Oktober yang lalu telah mengumumkan mengenai bantuan ini. Sebanyak RM328 juta juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 bagi Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) 2018. 

BKAP1M membabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima. Pemberian BKAP1M walau bagaimanapun hanya layak untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja. BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

Antara  syarat kelayakan program Bantuan Awal Persekolahan 2018. Antaranya:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 dengan isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh.
Diharapkan melalui bantuan yang diterima akan dimanfaatkan oleh penjaga sebaiknya dalam memenuhi keperluan anak-anak mereka di sekolah. Berikut merupakan himpunan gambar-gambar semasa berlangsungnya penyerahan bantuan ini.




Para ibu bapa mendaftar dahulu kehadiran mereka dalam majlis ini.



Para ibu bapa dan penjaga yang hadir memeriahkan majlis.


 Yb Dato' Mohd Isam sedang menyampaikan bantuan kepada penjaga yang hadir.


 YB Dato' Mohd Isam turut dibawa melawat ke kelas Abad 21 atau "Smart Class"





No comments :

Post a Comment