SK Felda Bukit Jalor

Jalan Muhibbah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus

01 January 2016

SEJARAH SKBJ



Sekolah Kebangsaan Bukit Jalor telah di bina pada tahun 1967 bersesuaian dengan pembukaan tanah rancangan di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ).

Sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar yang pertama pada tahun 1968. Pada asalnya, 2 blok bangunan sahaja yang dibina untuk tujuan pembelajaran. Pada tahun 1970, Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Haji Abd Manap bin Tolok, Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Undang Luak Johol ke-10.

Pada awal 80-an, 2 blok bangunan satu tingkat sebagai tambahan telah di bina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

Pada awal tahun 2000, sebuah bangunan makmal komputer dan surau telah di bina bagi menampung keperluan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Pada tahun 2016 sekolah ini telah terpilih mengikuti program sekolah transformasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada masa ini seramai 206 orang pelajar sedang menuntut ilmu, seramai 30 orang guru dan 6 orang staf telah menaburkan khidmat bakti di sekolah ini.

No comments :

Post a Comment