21 February 2018

Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2018.

PENYAMPAIAN BANTUAN  AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2018.

Pada 1 Februari 2018, telah diadakan satu majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan untuk sesi 2018. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengah hari itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa DNS, ANS, PJK (ADUN Kawasan Gemencheh). 

Semua ibu/bapa dan penjaga telah hadir untuk menerima bantuan tersebut bagi yang berkelayakan. Perdana Menteri, melalui ucapan Bajet 2018 pada 27 Oktober yang lalu telah mengumumkan mengenai bantuan ini. Sebanyak RM328 juta juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 bagi Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) 2018. 

BKAP1M membabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima. Pemberian BKAP1M walau bagaimanapun hanya layak untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja. BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

Antara  syarat kelayakan program Bantuan Awal Persekolahan 2018. Antaranya:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 dengan isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah
  • Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh.
Diharapkan melalui bantuan yang diterima akan dimanfaatkan oleh penjaga sebaiknya dalam memenuhi keperluan anak-anak mereka di sekolah. Berikut merupakan himpunan gambar-gambar semasa berlangsungnya penyerahan bantuan ini.




Para ibu bapa mendaftar dahulu kehadiran mereka dalam majlis ini.



Para ibu bapa dan penjaga yang hadir memeriahkan majlis.


 Yb Dato' Mohd Isam sedang menyampaikan bantuan kepada penjaga yang hadir.


 YB Dato' Mohd Isam turut dibawa melawat ke kelas Abad 21 atau "Smart Class"





Program Peningkatan Prestasi UPSR 2018.

Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru & Aku Janji Murid Tahun 6 2018.

Pada 13 Februari 2018, telah diadakan perjumpaan tiga penjuru buat julung kalinya pada tahun ini. Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari ini bertujuan memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/guru  dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak-anak terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka di sekolah ini. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, guru dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.

Seramai 25 orang yang terdiri daripada ibu/bapa serta penjaga murid tahun 6 telah hadir memeriahkan majlis disamping telah menaikkan semangat anak-anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Selain itu majlis ini diadakan adalah untuk :

1.  Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru  yang mengajar anak-anak kalian
2. Ibu bapa / penjaga juga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak dalam meniti persiapan menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak sepanjang mereka berada di sekolah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah.

Dalam majlis ini juga, diselitkan penerangan mengenai hala tuju prestasi UPSR untuk tahun ini yang ditaklimatkan oleh GPK Pentadbiran, En Abdull Halim bin Jaafar. Dalam penerangan beliau, En Abdull Halim telah memberi maklumat terkini kepada ibu/bapa serta penjaga mengenai aplikasi Cocostar yang dipelopori oleh  Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JNPS). Beliau juga telah menyatakan dengan lebih lanjut perancangan Peningkatan Prestasi murid-murid tahun 6 dalam menghadapi penilaian menyeluruh yang akan mereka terima pada akhir tahun nanti. Berikut merupakan antara gambar semasa perjumpaan berlangsung dan Aku Janji yang dilakukan oleh murid-murid tahun 6 dihadapan ibu/bapa serta penjaga mereka.



Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah, YDP PIBG SK Bukit Jalor, En Saadon bin Sadien, Pengerusi JKKK Felda Bukit Jalor, En Rosli bin Baharuddin dan Wakil Pengurus Felda, Felda Bukit Jalor En Mohd Khairul Nizam.


Murid-murid Tahun 6 melafazkan ikrar Aku Janji dengan penuh semangat waja.







Wakil ibu bapa serta penjaga, En Rodzi bin Teriman dan En Rosli bin Baharuddin menerima Pelaporan Profil murid untuk anak-anak masing-masing.








Ibu bapa serta penjaga melakukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan.






Wajah-wajah calon UPSR Tahun 2018, semoga terus cemerlang hendaknya dalam peperiksaan UPSR dan menerima Pelaporan yang baik bagi meniti alam persekolahan menengah. 





20 February 2018

Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) SK (Felda) Bukit Jalor 2018.

 Jawatankuasa Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) SK (Felda) Bukit Jalor 2018.

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PIBK SKBJ 2018 yang baru dilantik berkuat kuasa pada 1 Februari 2018. Semoga pemuafakatan antara ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah dapat dijalinkan demi masa depan anak-anak Felda Bukit Jalor.💐
Berikut merupakan senarai Jawatankuasa PIBK SKBJ 2018 :
TAHUN 1 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : En. M. Khalis b M. Noor
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Noir Hafiza bt Samsudin

TAHUN 2 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : En. Malin Deman b Kamis
⚜️ Timb Pengerusi : En. Andi Sumanjaya

TAHUN 3 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : Pn. Rosni bt Abd Talip
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Siti Rosanawati bt Akum

TAHUN 4 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : Pn. Zainon bt Amaludin
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Noranita bt Harun

TAHUN 4 BESTARI :

⚜️ Pengerusi : Pn. Ruzaidah bt Md Yunus
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Farrah Lindawati bt Mahtap

TAHUN 5 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : En. Ahmad Suahaimi b Ibrahim
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Fatimah bt Aziz

TAHUN 5 BESTARI :

⚜️ Pengerusi : Pn. Nor Idayu bt Othman
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Mezidah bt Abd Majid

TAHUN 6 BIJAK :

⚜️ Pengerusi : Pn. Mahtilah bt Karmidi
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Wan Norlia bt Abu Bakar

TAHUN 6 BESTARI :

⚜️ Pengerusi : Pn. Normala bt Man
⚜️ Timb Pengerusi : Pn. Norsharida bt Ishak